E-LEARNING FARDU AIN

Ustaz Wadi Annuar

“TAMAN SYURGA” DI RUMAH UNTUK DIRI DAN KELUARGA

PERNAHKAH ANDA TERFIKIR…

Sama-sama kita pelajari ilmu tauhid, fiqh dan tasawuf di dalam e-Learning Fardu Ain bersama Ustaz Wadi Annuar supaya dapat ketahui lebih mendalam tentang agama.

3 CABANG ILMU FARDU AIN

TAUHID

Bab akidah membahas asas keimanan yang menjadi pegangan setiap Muslim. Ia merangkumi keyakinan kepada Allah, malaikat, kitab-kitab, rasul-rasul, hari kiamat, dan qada serta qadar. Memahami akidah memastikan seseorang memiliki kepercayaan yang benar, menghindari syirik, dan menjalani kehidupan dengan panduan yang jelas. Akidah yang kukuh membentuk jiwa yang tenang, istiqamah dalam beribadah, serta menjadikan seseorang lebih dekat kepada Allah SWT.

FEQAH

Bab feqah membahas hukum-hukum amali dalam Islam yang meliputi ibadah, muamalat, munakahat, dan jinayat. Ia memberikan panduan praktikal kepada umat Islam dalam menjalani kehidupan seharian, seperti cara solat, puasa, zakat, serta aturan jual beli dan perkahwinan. Feqah memastikan setiap amalan berlandaskan syariat, membantu umat Islam menjalani kehidupan yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi.

TASAWUF

Bab tasawuf menekankan aspek penyucian jiwa dan pembentukan akhlak mulia untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia mengajarkan nilai-nilai seperti ikhlas, sabar, tawakal, dan zuhud, serta menjauhkan diri dari sifat-sifat tercela seperti riak, hasad, dan takabur. Tasawuf bertujuan membimbing umat Islam mencapai kebersihan hati dan hubungan yang lebih erat dengan Allah melalui ibadah dan muhasabah diri.

"SEBAB ITU PENTINGNYA FARDU AIN"​

PENAFIAN

Sila baca penafian ini dengan teliti sebelum mengakses atau menggunakan kandungan video yang disediakan. Dengan meneruskan penggunaan platform ini, anda bersetuju dengan terma dan syarat yang dinyatakan

Video syarahan agama ini disediakan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan perkongsian ilmu. Ia tidak boleh dianggap sebagai nasihat rasmi dalam mana-mana aspek kehidupan, termasuk keagamaan, undang-undang, atau kewangan.

Syarikat tidak bertanggungjawab atas tafsiran individu. Pelanggan digalakkan untuk merujuk kepada pakar atau pihak berautoriti bagi sebarang penjelasan lanjut.

Akses kepada video diberikan mengikut tempoh langganan yang dipilih dan tidak boleh dipindah milik kepada pihak lain.

Sebarang penyalahgunaan akaun langganan, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkongsian akses tanpa kebenaran, boleh menyebabkan penamatan akses tanpa pemulangan wang. Penyalahgunaan boleh menyebabkan penamatan akses tanpa pemulangan wang.

Syarikat berhak untuk menukar, mengemas kini, atau menghapuskan mana-mana kandungan tanpa notis awal.

Pelanggan bertanggungjawab terhadap sebarang peralatan atau perisian yang digunakan untuk mengakses video. Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang isu teknikal, gangguan sistem, atau kerosakan peranti akibat penggunaan platform ini.

Semua bahan video adalah hak milik eksklusif Syarikat dan tidak boleh disalin, diedarkan, diubah suai, atau digunakan semula dalam apa jua bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada Syarikat.

Syarikat tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kerosakan, atau kesan sampingan yang timbul akibat penggunaan kandungan dalam platform ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Pelanggan diwajibkan untuk mematuhi semua garis panduan dan peraturan yang ditetapkan dalam platform ini. Sebarang pelanggaran boleh mengakibatkan tindakan lanjut, termasuk penamatan akses serta tindakan undang-undang jika perlu.

PAKEJ LANGGANAN

Basic

RM 18 Sebulan
  • Siri Lengkap Tauhid
  • Siri Lengkap Fekah
  • Siri Lengkap Tasawuf
  • LIVE Session

Premium

RM216
RM 192 Setahun
  • Siri Lengkap Tauhid
  • Siri Lengkap Fekah
  • Siri Lengkap Tasawuf
  • Siri Lengkap Sirah Nabi Muhammad SAW by UWA
  • LIVE Session
Popular

SOALAN LAZIM
(FAQ)

1.1. Bagaimana anda boleh mendaftar?

Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian Klik disini. Anda boleh pilih pakej yang diinginkan, dan melengkapkan borang pendaftaran serta proses pembayaran. Semua maklumat yang diperlukan hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat sebelum menghantar borang pendaftaran.

Klik Cara Daftar untuk maklumat lebih lanjut berkenaan cara mendaftar.

1.2. Adakah anda perlu mendaftar akaun untuk melanggan pengajian?

Ya, anda perlu mendaftar akaun mengunakan emel anda, di laman kami untuk melanggan dan mengakses kepada Pakej E-Learning di aplikasi Thinkific. Sila pastikan alamat emel yang digunakan semasa pendaftaran adalah tepat.

[Klik disini] untuk memilih pakej langganan dan segera mendaftar.

1.3. Bagaimana cara untuk “log masuk” akaun pembelajaran?

Setelah pendaftaran dan pembayaran selesai dibuat, anda boleh memuat turun aplikasi Thinkific melalui App Store atau Play Store. Anda boleh login dan mengakses akaun anda di aplikasi Thinkific melalui emel yang digunakan semasa pendaftaran. Sila semak emel anda untuk mendapatkan kata laluan untuk login akaun Thinkific anda!

Klik pada [Cara Login] untuk maklumat lebih lanjut.

1.4. Adakah anda boleh membatalkan pendaftaran selepas pembayaran dibuat?

Sebarang pembatalan selepas pembayaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.

1.5. Bolehkah anda memindahkan penyertaan anda kepada orang lain?

Penyertaan adalah bersifat peribadi dan TIDAK BOLEH dipindah milik.

1.6. Kalau anda terlupa kata laluan sendiri, bagaimana cara untuk menetapkannya semula?

Klik pada pautan “Lupa Kata Laluan” di halaman log masuk dan ikuti arahan untuk menetapkan kata laluan baharu.

1.7. Anda mengalami masalah untuk log masuk. Apa yang perlu anda lakukan?

Sekiranya anda menghadapi kesukaran untuk log masuk, sila pastikan alamat e-mel dan kata laluan yang digunakan semasa pendaftaran adalah tepat. Jika masalah masih berterusan, sila hubungi pihak kami di +6012-4768334 / +6012-9780897 atau e-mel ke support@ustazwadiannuar.com untuk mendapatkan bantuan lanjut

2.1. Apakah kaedah pembayaran yang diterima?

Kami menerima pembayaran melalui Kad Kredit/Debit (Visa, MasterCard)

2.2. Anda tidak mempunyai kad kredit atau kad debit. Bagaimanakah anda boleh membuat pembayaran?

Sebagai alternatif, anda boleh mendaftar dan membuat bayaran melalui talian hotline kami [+6012-4768334 / +6012-9780897].

2.3. Apa yang perlu anda lakukan jika pembayaran anda tidak berjaya?

Sila semak baki akaun atau had transaksi kad anda. Jika masalah berterusan, sila hubungi pihak kami di +6012-4768334 / +6012-9780897 atau e-mel ke support@ustazwadiannuar.com untuk mendapatkan bantuan lanjut

3.1. Bolehkah anda memuat turun video untuk tontonan luar talian?

Tidak. Video hanya boleh ditonton secara dalam talian melalui platform kami bagi memastikan keselamatan dan hak cipta kandungan.

3.2. Anda mengalami masalah teknikal semasa menonton video. Apa yang perlu anda lakukan?

Sila pastikan anda mempunyai sambungan internet yang stabil. Jika masalah berterusan, sila hubungi pihak kami di +6012-4768334 / +6012-9780897 atau e-mel ke support@ustazwadiannuar.com untuk mendapatkan bantuan lanjut

4.1. Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembelajaran ini?

Segala maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi kami atau dengan menghubungi melalui:

Hotline: +6012-4768334 atau +6012-9780897

E-mel: support@ustazwadiannuar.com

Waktu Operasi: Ahad hingga Khamis, dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang

Pihak kami berhak untuk mengubah atau mengemas kini terma dalam FAQ ini tanpa notis awal. Dengan mendaftar, pengguna bersetuju untuk mematuhi segala terma dan syarat yang ditetapkan.

 

CARA DAFTAR/LOGIN

whatsapp admin

error: Content is protected !!
Scroll to Top